Menu

Bukan sekadar aroma yang menarik, Minyak Pati ini adalah ekstrak tumbuh-tumbuhan sejati yang akan membantu anda mencapai kesejahteraan. Sama ada untuk menyegarkan kediaman anda, meningkatkan mood dan tenaga atau menceriakan hari anda, jadikanlah truSénsse sebahagian daripada rejim kesejahteraan anda.

Aroma wangian Mawar yang mendamaikan daripada bunga Rose Geranium

7010 08

truSÈNSSE 100% Pure Essential Oil - Rose Geranium (1) 15ml

Tahukah Anda?

Dalam setiap satu botol 15ml truSENSSE Rose Geranium mengandungi sekurang-kurangnya 1600 kelopak bunga Rose Geranium.

Terdapat lebih kurang 300 titis dalam setiap botol 15ml. Setitik adalah lebih kurang 0.05ml.

Kelebihan

  • Anti penuaan & meremajakan kulit.
  • Mengembalikan seri & melegakan kulit.
  • Menggalakan keseimbangan dalaman.

Cubalah

2 cara mudah untuk mencipta minyak kecantikan anda sendiri:

  1. Campurkan 1-2 titis minyak pati truSÈNSSE Rose Geranium ke dalam 20-30 titis minyak pembawa truSÈNSSE. 
  2. Sapukan campuran tersebut pada kulit anda dan biarkan ianya meresap ke dalam kulit. Terbaik digunakan pada waktu malam

Nota: Untuk sapuan pada muka, campurkan 1 titis ke dalam 1 sudu kecil minyak pembawa

Serum Wajah Anti-Kerut 1%:

  1. Campurkan 3 titis minyak pati truSÈNSSE Rose Geranium dan 1 titis minyak pati truSÈNSSE lavender.

                      atau

  1. Campurkan 4 titis minyak pati truSÈNSSE Rose Geranium.
  2. Tambah semua di atas bersama 10ml minyak pembawa ke dalam botol roll-on (sila habiskanya dalam tempoh 2-3 minggu).
  3. Sapukan campuran tersebut pada kawasan kedut pada muka anda untuk kurangkan kedutan dan untuk kulit berseri & lancar.

Semburan Pewangi Badan/Rambut 2% :

  1. Campurkan 18 titis minyak pati truSÈNSSE Rose Geranium dan 2 titis minyak pati truSÈNSSE peppermint (jika anda menikmati kesan penyejukan).

                      atau

  1. Campurkan 15 titis minyak pati truSÈNSSE Rose Geranium.
  2. Tambah semua di atas bersama 1 sudu teh cuka (tidak diwajibkan) ke dalam 30ml air bersih dalam botol semburan (Kandungan selesai dalam masa 1-2 minggu)
  3. Goncang baik baik sebelum digunakan.
  4. Semburkan campuran tersebut pada kulit dan rambut dan nikmati kesan Anti-bakteria , menghilangkan bau busuk, serta bau baik sepanjang hari.

Aroma Eucalyptus yang menyegarkan dan mendamaikan

7010 05

truSÈNSSE 100% Pure Essential Oil - Eucalyptus (1) 15ml

Tahukah Anda?

Satu botol 15ml minyak pati Eucalyptus truSÈNSSE mengandungi kira-kira 200 helai daun Eucalytpus segar.

Terdapat lebih kurang 300 titis dalam setiap botol 15ml. Setitik adalah lebih kurang 0.05ml.

Cubalah

Melegakan Hidung yang Tersumbat

Tambahkan 5-8 titik minyak pati Eucalyptus ke dalam air di dalam diffuser aroma atau 2-3 titik ke dalam semangkuk air panas yang berwap. Kemudian, sedut wap panas sedalam-dalamnya untuk melegakan masalah pernafasan. Tambahkan 1 titik minyak pati Pudina untuk kesan yang lebih efektif. 


Melegakan Ketegangan dan Kesakitan Otot

Tambah 15 titik minyak pati eucalyptus ke dalam 1 sudu besar minyak pembawa (pencairan 5%) dan urut pada bahagian yang sakit.

Kelebihan

  • Membantu meredakan simptom selesema.
  • Melegakan pernafasan untuk tidur malam yang lebih lena.
  • Membantu membersihkan udara.

Rehatkan diri dan minda setelah seharian penat bekerja dengan haruman flora yang menawan dan mendamaikan untuk menemani tidur malam yang lena.

7010 01

truSÈNSSE 100% Pure Essential Oil - Lavender (1) 15ml

Tahukah Anda?

Satu katil bersaiz queen yang penuh dengan tumbuhan lavender diperlukan untuk membuat satu botol 15ml minyak pati lavender truSÈNSSE.

Terdapat lebih kurang 300 titis dalam setiap botol 15ml. Setitik adalah lebih kurang 0.05ml.

Kelebihan

Haruman flora Lavender yang mendamaikan.

  • Menenangkan minda
  • Merehatkan tubuh
  • Menjadikan tidur lebih lena

Cubalah

Untuk tidur malam yang sempurna

Tambahkan 5-8 titik lavender ke dalam

air di dalam diffuser aroma di bilik tidur

anda 30 minit sebelum masa tidur.


Mandian spa peribadi

Rendam dalam air mandian lavender

dengan haruman yang mendamaikan.

Hanya tambahkan 10 hingga 20 titik

minyak pati lavender ke dalam tab

mandi anda.

Hilangkan bau yang kurang menyenangkan di dalam kediaman anda dengan minyak pati Serai untuk suasana spa yang menyegarkan. Aroma serai juga merupakan pencegah serangga semula jadi yang boleh melindungi keluarga tersayang.

7010 03

truSÈNSSE 100% Pure Essential Oil - Lemongrass (1) 15ml

Tahukah Anda?

Satu botol 15ml minyak pati serai truSÈNSSE mengandungi lebih kurang 100 tangkai serai segar.

Terdapat lebih kurang 300 titis dalam setiap botol 15ml. Setitik adalah lebih kurang 0.05ml.

Kelebihan

Aroma sitrus Serai yang segar.

  • Menjadikan kediaman tempat istirahat yang selamat
  • Mengembalikan mood anda
  • Berfungsi sebagai pencegah serangga semula jadi

Cubalah

Cipta suasana spa dalam rumah

Tambahkan 5-8 titik minyak pati Serai ke dalam air di dalam diffuser aroma. Biarkan diffuser aroma terpasang di ruang tamu kerana aromanya dapat membantu menghalau nyamuk.


Bebas serangga!

Tambahkan 10-20 titik ke dalam 100 hingga 200ml air di dalam botol semburan dan semburkan pada mana-mana permukaan untuk mencegah serangga yang merayap.

Haruman dingin Pudina menyegarkan deria anda semasa bekerja mahupun belajar.

7010 02

truSÈNSSE 100% Pure Essential Oil - Peppermint (1) 15ml

Tahukah Anda?

Satu botol 15ml minyak pati pudina truSÈNSSE akan memberi anda faedah minum 300 cawan teh pudina.

Terdapat lebih kurang 300 titis dalam setiap botol 15ml. Setitik adalah lebih kurang 0.05ml.

Kelebihan

Haruman herba Pudina yang menyegarkan.

  • Merangsang minda untuk lebih fokus
  • Menenangkan, menyejukkan dan menyegarkan otot yang keletihan

Cubalah

Untuk daya tumpuan yang lebih baik

Segarkan tubuh dan minda di pejabat. Hanya tambahkan 5-10 titik ke dalam air di dalam diffuser aroma.


Gunakan sebagai semburan wajah yang menyejukkan

Hasilkan semburan penyegar wajah anda sendiri dengan menambahkan 10 titik minyak pati ke dalam 100ml air di dalam botol semburan kaca.


Melancarkan pernafasan

Atasi masalah hidung tersumbat dengan menyapu setitik minyak pati pada kedua-dua tapak tangan dan menghidu aromanya.

7010 07

truSÈNSSE

Carrier Oil (1) 100ml

Minyak pembawa digunakan untuk mencairkan minyak pati dan selamat digunakan atas kulit kita untuk aplikasi topikal. Dirumus khas dengan gabungan premium bunga geranium, bunga matahari, jojoba, dan minyak gandum yang berkhasiat dan melembabkan kulit.

Carta Pencairan Untuk Minyak Pati

Ikuti garis panduan pencairan ini untuk kepekatan yang anda perlukan mengikut kesesuaian penggunaan anda.Sila rujuk kepada carta penukaran isi padu untuk pengukuran kadar pencairan yang lebih tepat.

Minyak rawatan kecantikan kulit


Apa yang anda perlukan (untuk pencairan 2%):

- 9 titis minyak pati Rose Geranium

- 2 titis minyak pati Lavender

- 15ml minyak pembawa truSENSSE


Apa yang perlu anda lakukan:

1. Campurkan ke dalam 15ml botol kaca kosong.

2. Goncangkan sehingga sebati

3. Sapukan pada seluruh badan/tangan/kaki/leher setiap hari selepas mandi untuk kulit yang lebih cantik dan sihat   


#Tuppertips

Untuk sapuan pada muka, gunakan hanya 1% pencairan, hanya 4-6 titisan dalam 15ml minyak pembawa

Minyak Urut untuk Kelegaan Otot yang Segara


Apa yang anda perlukan (untuk campuran 5%):

- 40 titis Minyak pati Serai

- 20 titis minyak pati Pudina

- 20 titis minyak pati Lavender

- Minyak Pembawa truSÈNSSE


Apa yang perlu anda lakukan:

1. Campurkan ke dalam 100ml bottle kaca.

2. Goncang untuk dapatkan campuran yang sempurna.

3. Sapukan beberapa titis pada tempat yang sakit untuk kelegaan sakit otot.

Skrub Kulit Licin Serai Buatan Sendiri


Apa yang anda perlukan:

- 6 sudu garam laut halus/garam batu

- 10 titisan Minyak Essential Serai

- 5 sudu besar minyak pembawa truSÈNSSE


Apa yang perlu anda lakukan:

1. Campurkan garam & minyak pembawa di dalam bekas kedap udara.

2. Tambahkan 10 titisan minyak pati serai.

3. Urut pada kulit dan bilas.


#Tuppertips

Tukar minyak pati Serai kepada minyak pati Lavender jika anda suka aroma bunga!

Campuran Minyak Urut Melegakan Simptom PMS 10%


Apa yang anda perlukan (untuk campuran 5%):

- 10 titis minyak pati Rose Gerenium

- 15 titis minyak pati Lavender

- 5 titis minyak pati Peppermint

- 15ml atau 1 sudu meja minyak pembawa truSÈNSSE


     atau


- 10 titis minyak pati Rose Gerenium

- 10 titis minyak pati Lavender 

- 10 titis minyak pati Peppermint 

- 15ml atau 1 sudu meja minyak pembawa truSÈNSSE


Apa yang perlu anda lakukan:

1. Campurkan minyak pati dengan minyak pembawa dalam botol kaca kosong.

2. Urun perlahan-lahan bersama sedikit titisan campuran ke bahagian perut dan bahagian bawah belakang mengikuti arah jam. 

3. Gunakan setiap hari selama seminggu sehingga permulaan kitaran haid.

Cipta Campuran Diffuser Anda Sendiri

Campuran Melegakan Pernafasan



Memberikan kelegaan dan keselesaan secara semula jadi. Gunakan kaedah terapi stim untuk kesan yang lebih baik.

Campuran Penghindar Serangga



Campuran minyak pati yang berkesan untuk menghalau lalat, nyamuk dan serangga lain.

Campuran Spa Kediaman Peribadi



Aromanya mengingatkan anda tentang suasana spa yang mendamaikan. Sentuhannya membelai minda, menyegarkan jasmani, meredakan ketegangan emosi dan menceriakan mood anda.

Campuran Melegakan Sakit Kepala



Minyak pati adalah cecair semula jadi yang diekstrak daripada tumbuhan tertentu. Ia mempunyai ciri-ciri perubatan dan menawarkan kesan terapeutik melalui rangsangan bau, yang dapat membantu melegakan sakit kepala dan mengurangkan tekanan.

Campuran Melegakan Saluran Pernafasan



Sedut aroma Eucalyptus bersama Peppermint dapat membantu melegakan masalah pernafasan yang tersumbat.

Campuran Tidur Dengan Mudah



Tingkatkan keselesaan tidur anda. Tambahkan 3 titik Eucalyptus dan 5 titik Lavender ke dalam air di dalam diffuser aroma 30 minit sebelum tidur.

Campuran Romantik untuk Kekasih



Sebarkan (Diffuse) campuran 30 minit sebelum tidur untuk mendapatkan suasana romantic dengan sentuhan bunga

Campuran Menyegarkan Udara



Nikmati udara segar dan bersih. Hanya tambahkan 3 titik Eucalyptus, Lemongrass dan Lavender ke dalam air di dalam diffuser aroma. 

Campuran Keseimbangan Dalaman



Sebarkan (Diffuse) campuran ini selama 30 minit pada hari mentruasi anda untuk mendapatkan keseimbangan hormon dan mengembalikan mood

Adakah anda mempunyai campuran sendiri untuk dikongsi? Beritahu kami untuk peluang memaparkan rumusan unik anda di sini!

Bukan sekadar diffuser, dwi-rekaan diffuser Aroma Florea menawarkan lebih banyak fungsi yang bermanfaat untuk keluarga dan kediaman anda.

  • Teknologi Wap Dingin binaan dalaman memastikan minyak pati diresap dan disebarkan dengan mudah tanpa haba.
  • Ciri lampu malam LED mencipta suasana ambien sambil menyebarkan resapan minyak pati kegemaran anda.
  • Wap dingin membersihkan udara dan melenyapkan bau di dalam bilik anda. Ia juga memelihara kelembapan kulit anda.

Reka bentuk 'Lava Pod'  yang mudah ditukar dengan menanggalkan penutup Svelte Pitcher. Wap aliran bebas mencipta kesan visual yang cantik dan amatlah terapeutik bagi minda, jiwa dan mata anda.

7010 00

Florea 3-in-1

Diffuser (1) 200ml

truSÈNSSE

Apa kata pengguna kami

Setiap malam sebelum bayi saya tidur, saya akan titiskan lemongrass ke dalam tupperware brand diffuser. Lemongrass bukan sahaja dapat membantu menghalau nyamuk tetapi juga dapat menyegarkan udara di dalam bilik tidur. Oleh itu bayi saya boleh tidur dengan lebih nyenyak. Terima kasih Tupperware Brands.

Khairunnisa


truSÈNSSE sangat best..saya sudah cuba ketiga-tiga jenis aroma..semua best..paling truSÈNSSE lemongrass..lepas balik kerja saya akan pasang dan ia cukup menenangkan..membangkitkan mood lepas penat kerja..terima kasih memperkenalkan Aroma 3 in 1 Aroma Diffuser ini.

Fatymah Abdullah


Satu petang saya balik dari kerja dengan keadaan yang letih serta tidak bermaya. Terlalu stress dan depressed, macam2 yg dilalui. Saya teringat trusenss peppermint setelah menggunakan berberpa minit perasaan nyaman terasa dan terus hilang rasa stress. Terima kasih trussens.

Hartini Zailani


Saya menggunakan truSENSSE lavender di bilik tidur dan saya dapat merasakan ketenangan dari aroma lavender itu..Untuk di pejabat atau dalam kenderaan saya menggunakan Peppermint untuk kurangkan stress dan lemongrass pula saya gunakan di dapur dan saya jadikan penyembur mudah bawa jika saya pergi ke kedai makan untuk lalat tidak menghampiri..Dan yang paling best bila saya share dengan rakan,dia pun membeli set truSENSSE ini...Love it!!!

Mohd Fadly Bin Alias


Kami selalu menyembur racun nyamuk sebelum tidur di dalam bilik kami sebelum ini. Tetapi sejak menggunakan trusensse dan perisa lemongrass, kami tidak lagi menggunakan racun nyamuk kerana nyamuk pun tak berani masuk sebab haruman lemongrass ini. Bilik jadi lebih harum dan segar dan kami menggunakan perisa lavender untuk masa tidur kami. Tidur pun lena dan nyenyak tanpa nyamuk dan haruman yang segar.

Jufri


Sepanjang sy hidup,sy tidak pernah menggunakan sebarang aroma therapy.. bila tupperware brandsmengeluarkan product aroma terapy sy betul² berminat untuk manggunakannya... Sepanjang penggunaan trusensse ni,tidur sy semakin lena... Tekanan dari tempat kerja berkurangan... Kehidupan sy lebih ceria... Rumah sentiasa berbau segar... Sy juga memperkenalkan produk ni kepada kwn².. dan mereka juga memberi feedback yg positif...

Nurul Asyuhana binti Abdul Halim


mix 5titik lavender +2titik pepermint bagi saye rase hilang stress penat mengurus hal surirumah,, disamping 9orang anak.. *tenangkan minda waktu rehat😘

Nuridah Ibrahim


Pengalaman saya bersama-sama TRUSENSSE lavender, Lemon grass, & Peppermint amat menakjubkan. Saya menggunakannya di rumah dan pejabat, amat menakjubkan aroma yang terhasil dari bahan semulajadi dan selamat ini dapat memberi aura positif di dalam diri, sentiasa tenang menghadapi cabaran, stress berkurangan, yang paling penting memberi pengalaman seperti berada di spa.

Nora binti Kamal


Tekanan kerja & gangguan tidur menjadi punca saya diserang migraine...kadangkala dalam seminggu 2 kali saya kena ambil pain killer.Pelbagai kaedah yang disarankan oleh rakan-rakan saya cuba...tapi...ianya tidak menyembuhkan sepenuhnya.Ianya akan berulang lagi....hingga lah saya ditemukan dengan truSENSSE dalam satu event Tupperware atas jemputan seorang rakan.Apabila demo & fungsi truSENSSE diterangkan saya terpanggil untuk mencubanya & saya merasakan ianya mampu mengatasi masalah yang saya alami sejak bertahun yang lalu.Mahal sedikit tak apa pada saya....lalu saya submit order & stock dapat seminggu kemudian.Saya terus guna....Alhamdulillah,lps seminggu saya merasakan perubahan yang amat ketara.Saya tak mengalami sakit kepala lagi & tidur saya lena sehingga pagi walaupun rutin tugas harian saya tetap sama....sehingga kini telah hampir 2 bulan dengan truSENSSE saya rasakan hidup saya lebih sempurna kerana tiada lagi sakit kepala.Dan saya juga telah menjadikan diri saya sebagai testimoni untuk promosikan kepada rakan2 & keluarga & saya juga telah menjual 10 set truSENSSE dalam masa 2 bulan menjadi ahli Tupperware. I ❤ truSENSSE

Norhasimah bt Mohd Isa


menakjubkan. dahulu sy tidak percaya hanya dengan beberapa titis minyak, boleh buat sy dan anak2 mudah tidur, tidur lena dgn lavender, segar dgn peppermint, santai seperti di spa dgn lemongrass dan menghilangkan stress dan migrain yg sering sy alami. sejak menggunakan trusensse, anggapan sy semua salah. ianya memang betul2 berkesan dan mempengaruhi sesiapa shj yg menghidu aroma trusensse. sekarang, tiap malam wajib pasang aroma trusensse mengikut situasi waktu itu.

Suriza Nazeri

 

Aroma diffuser sangat-sangat membantu saya dan keluarga menggurang alahan anak saya megalami simtom-simtom asma diaplikasikan campuran aroma lavender dan aroma peppermints.Di pejabat saya dapat atasi street dengan campuran lavender peppermint Dan lemongrass. Oleh itu saya kongsikan penggunaan aroma diffuser ini dengan ibubapa saya untuk sama merasai keunikan aroma ini..sekian

Hilal binti Mazani


Pek percubaan trusensse yang saya peroleh dari tuperware secara percuma semasa jubli amat bermakna. Saya mula jatuh cinta pada penggunaan kali pertama dan terus buat belian pada keluaran berikutnya. Saya amat tertarik dengan haruman lemongrass yang yang membangkitkan rasa selesa , segar dan nyaman. Trusensse lemongrass saya gunakan di ruang tamu turut menarik hati jiran dan rakan yang berkunjung ke rumah saya sehingga menjadi salah seorang pengguna produk trusensse dari tuperware.

Tengku Sharipah Aini binti Tengku Hamzah


Wah!!!!memang hebat sangat trusensse ni.Selama ni teragak agak nak beli sebab harganya yang agak mahai dari produk lain.Tetapi pada suatu hari bila ada demo di studio jitra,saya terus terpikat dengan aroma dan kegunaannnya. Tanpa berlengah hari tu juga sayabterus buat order .Memang berbaloi untuk wang anda.Pertama kali saya mencubanya di rumah,saya hanya masukkan beberapa titik kedalam disfuser,haruman berbau satu rumah. Saya sangat suka dengan trusensse tuppaware dan tak akan bertukar kepada yang lain

Rozita Mohd Said


Trusensse sangat sangat berbaloi untuk dibeli, harga berpatutan .. Bauan yang amat menarik terutama wangian serai yang seperti anda berada di SPA yang mahal malah memberi keselesaam untuk bernafas, relaxkan minda n tenangkan jiwa dan raga.

Ahmad Lutfi Azahar


Saya seorang guru tadika..mendidik dan membimbing seramai 26kanak kanak..saya gosok trusense peppermint pd tangan ank2 utk dihidu, rasa lebih segar dan ceria serta tenang..alhamdulillah setelah pakai beramai2 cikgu buka pintu kelas rasa segar lain macam best..

Hasniza Ibrahim


saya sangat alah pada habuk.. Bila hidung saya gatal disebabkan habuk saya menggunakan gabungan lemondgrass dan peppermint dgn menggunakan inhealer, hidung akan hilang rasa gatal.. Mmg best!!

Azziah Harun


Bau yang sangat wangi amat menenangkan dan terasa begitu fresh. Saya guna beberapa titik lavender dan pappermint dan letakkan diffuser didalam kamar. Amat berkesan dan saya dapat tidur dengan lena walaupun stress dan penat seharian bekerja. Kini saya tidak perlu lagi makan pil tahan sakit ( migraine) lagi..kerana mood saya begitu stabil , tidur yang lena dan minda saya amat tenang. Diffuser tupperware brands memang terbaik 👍

Norzihan Talib


Sewaktu menunaikan umrah saya telah mengalami masalah tumit pecah dan kaki lenguh . Saya telah mencuba dengan merawat masalah tersebut dengan menitiskan minyak aromaterapi lemongrass trusensse dengan vaseline untuk rawatan urut kaki dan hasilnya sangat mengkagumkan kerana dapat mengurangkan rasa sakit kaki dan mengurangkan masalh tumit pecah. Disamping itu semasa perjalanan jauh antara Madinah ke Makkah saya memilih menggunakan inhaler dengan titisan pepermint dan lavender untuk kekal segar dan bertenaga dalam menjalani ibadah umrah

Shaiful Kamaluddin


Saya mempunyai seorang baby yang mempunyai masalah pernafasan. Untuk membantu melegakan pernafasan beliau, saya telah mencampurkan haruman 4 titik lavender + 4 titik papermint dalam diffuser. Campuran ini membantu beliau untuk bernafas dengan lebih selesa, lega dan dapat tidur dengan lebih lena. Selain itu, ia juga menjadikan kediaman lebih mendamaikan. Saya turut menggunkan haruman papermint sebagai pengganti minyak angin apabila sakit kepala, tegang leher dan hidung tersumbat. hanya coletkan pada bahagian tertentu dan anda akan berasa lega. Terima kasih Tupperware Brands kerana memperkenalkan truSÈNSSE kepada saya.

Nuha 

Aroma diffuser sangat-sangat membantu saya dan keluarga menggurang alahan anak saya megalami simtom-simtom asma diaplikasikan campuran aroma lavender dan aroma peppermints.Di pejabat saya dapat atasi stress dengan campuran lavender peppermint Dan lemongrass. Oleh itu saya kongsikan penggunaan aroma diffuser ini dengan ibubapa saya untuk sama merasai keunikan aroma ini..sekian

Hilal binti Mazani 


Hari ni selesema dan batuk. Saya pasangkan diffuser dan titiskan #Tupperware essential oil truSÈNSSE Eucalyptus ke dalamnya. Rasa selesa sikit. #trusensse #twtrusensse

Faisal Admar


Dulu paracetamol ni la teman aku hari-hari. Dalam beg mesti dah sediakan satu papan. Kalau dah mula sakit kepala, mesti kena telan dua biji yang extra dos punya. Tapi sekarang dah tak perlu lagi ambil paracetamol. Aku hanya guna Essential oils sahaja. EO Peppermint adalah kegemaran aku untuk ke mana-mana sahaja. Simpan je dalam beg. Disaat memerlukan, aku terus pakai. Kalau dah mula sakit kepala terus hidu EO ni. InsyaAllah akan berkurangan sakit kepala. Lama kelamaan sakit kepala akan mula hilang dengan sendiri. Tak perlu lagi makan ubat.

#andarasasayaadamasauntuksakitkepala

#trusensse #TWTrusensse

Yusry Abdullah


Yeayy...akhirnya dah jumpa ubat migrain dan sakit kepala semulajadi. Mulanya tidak percaya, bila dah cuba mula jatuh hati dan tetap setia bersama #trusensse .

Kenapa #TWTrusensse ?

Sebab ia mempunyai ciri-ciri perubatan dan menawarkan kesan terapeutik melalui rangsangan bau, yang dapat membantu melegakan sakit kepala dan mengurangkan tekanan yang selalu saya alami.

Terima kasih Tupperware Brands Malaysia

Nor Azzian Ayob


Eucalyptus dan Lavender EO sangat mujarab untuk anak-anak yang sedang batuk dan selsema.Kebetulan, 2 hari yang lalu, anak saya yang sulung dan bongsu mengalami selsema dan batuk yg agak teruk. Malam nak tidur, saya akan pasangkan Essential Oil Eucalyptus dan Lavender dalam difusser.Saya perasan dah 2 malam anak dh tak batuk di tengah malam dan selsemanya pun kering. Sudah tidak berhingus lagi.Tidur anak-anak pun sangat berkualiti dan sangat nyenyak. Bukan setakat anak, dengan mamanya sekali tidur nyenyak sampai ke azan subuh. NaturCare truSENSSE Aroma Wellness sangat seronok...Harga pun amatlah lah berpatutan termasuk diffuser nya yg jauh lebih murah berbanding dengan jenama saingan.Rugi sangat buat siapa yang masih belum guna truSENSSE Essential Oil keluaran Tupperware.

Khadijah Azhari


Sejak penularan Influenza ni saya jadi paranoid juga. Rasa nak pakai topeng setiap masa. Belum cerita lagi pakai sanitizer setiap masa. Ada masa saya buka cerita ni.

Saya dah mengalami batuk selama hampir seminggu. Kadang-kadang batuk saya teruk sampai nak terkeluar anak tekak.

Bila saya dah gunakan truSENSSE Tupperware ni saya dah jadi lebih kreatif dengan Essential Oils (EO). Sebagai contoh untuk melegakan pernafasan, saya titiskan setitis EO Eucalyptus ( Minyak Kayu Putih ) bersama dengan setitis Peppermint (Pudina) pada topeng penutup mulut saya ni dan lepas tu saya pun pakai. Ya Allah, lega rasanya! Rasa tak nak cabut topeng pun ada.

Kegemaran saya memang Eucalyptus ni sebab kebaikan pati Kayu Putih boleh mengurangkan batuk malah banyak lagi.

Untuk kereta pula, saya titiskan EO Peppermint di penyepit kayu untuk menambahkan aroma berangin tu sebab sedia kala difusser kereta saya dah beraroma Lemongrass (Serai). Serai ni sesuai halau serangga seperti lalat dan lipas.

Akmal Rafiq



Suka truSÈNSSE? Kongsilah kisah truSÈNSSE yang telah menyentuh kehidupan anda dan rebut peluang untuk memenangi hadiah misteri daripada kami!

Komitmen S.A.F.E. Kami

Sebagai jenama yang bernaung di bawah Tupperware Brands, kami amat mementingkan Kualiti. Komitmen S.A.F.E ini adalah janji kami kepada anda bahawa minyak pati truSÈNSSE adalah 100% tulen, semula jadi dan boleh dipercayai.  


Safety (Keselamatan)

Minyak pati adalah minyak berasaskan tumbuhan yang sangat pekat dengan kuasa penyembuhan yang luar biasa. Oleh itu, ia perlu digunakan dengan berhati-hati dan harus dikendalikan dengan sewajarnya. Semua minyak truSÈNSSE dilengkapi dengan data keselamatan yang menjamin kesesuaiannya untuk penggunaan jangka panjang, jika digunakan dengan betul. Sila baca label dengan teliti sebelum menggunakan produk ini.


Authenticity (Ketulenan)

Setiap pihak yang terlibat dalam aktiviti kawalan kualiti, rantaian bekalan dan penyelenggaraan produk Tupperware Brands mempraktikkan kriteria pemilihan pembekal dan pengesahan kualiti yang ketat untuk setiap kelompok minyak pati.

  1. Kami hanya mendapatkan sumber daripada pembekal yang telah lulus audit. Setiap pembekal kami diwajibkan memenuhi syarat-syarat kawalan kualiti produk dan garis panduan GMP yang ketat.
  2. Proses pensampelan yang ketat di mana berbilang sampel diuji oleh pakar aromaterapi bertauliah bagi mengenal pasti kualiti minyak yang terbaik.
  3. Laporan ujian ketulenan akan diminta untuk sampel-sampel yang dipilih. Hanya sampel yang lulus ujian ketulenan akan dibeli secara pukal dan ia perlu menjalani satu lagi ujian di makmal bebas pihak ketiga.

Free from adulterants (Bebas daripada bahan cemar)

Kami melakukan ujian yang teliti bagi memastikan minyak pati truSÈNSSE tidak mengandungi sebarang bahan cemar. Kaedah yang digunakan untuk mengesan bahan cemar ialah ujian ketulenan atau indeks biasan, diikuti dengan penilaian olfaktori.


Effective & Potent (Kuat & Berkesan) 

Profil kimia dan keaslian semua minyak pati truSÈNSSE telah disahkan oleh pakar kimia, pakar aromaterapi dan pakar minyak pati yang bertauliah supaya anda dapat menikmati manfaat penggunaan minyak pati tulen dengan sepenuhnya. 


Anda mempunyai sebarang soalan? Tanya Pakar Aromaterapi kami di sini

Soalan-soalan Lazim

Apakah itu Aromaterapi?

Aromaterapi, yang juga dikenali sebagai terapi Minyak Pati, ditakrifkan oleh Persatuan Aromaterapi Holistik Kebangsaan (NAHA) sebagai seni dan sains penggunaan pati aromatik semula jadi yang diekstrak daripada tumbuhan untuk menyeimbang, mengharmoni dan meningkatkan kesihatan fizikal, minda dan rohani.

Ia adalah kaedah semula jadi yang tidak bersifat invasif dan bertujuan untuk memberi manfaat terhadap seluruh badan, bukan sekadar menangani gejala atau penyakit. Selain itu, penggunaan minyak aromaterapi yang sesuai dapat membantu meningkatkan keupayaan semula jadi badan untuk menyeimbang, mengawal, memulih dan mengoptimumkan fungsinya.


Apakah itu Minyak Pati?

Minyak pati merupakan esen pekat tumbuhan yang diekstrak daripada bunga, daun, batang, biji benih, akar dan bahagian tumbuhan yang lain. Ia umpama 'darah' yang menyokong kehidupan tumbuhan. Ia berperanan menyembuhkan dan melindungi luka, membekalkan nutrien kepada sel dan menangkis serangan mikroorganisma berbahaya. Tanpa minyak pati, tumbuhan tidak dapat meneruskan kehidupannya.


Adakah Minyak Pati sama dengan minyak wangi?

Tidak. Minyak pati adalah pati pekat yang diekstrak daripada tumbuhan manakala minyak wangi dihasilkan secara sintetik dalam makmal. Banyak minyak pati yang dijual di pasaran sudah dicampur dengan bahan kimia atau dicairkan dengan minyak wangi, jadi setiap pengguna perlu mempertimbangkan reputasi syarikat pembekal dan hanya memilih syarikat yang mempraktikkan standard kawalan kualiti yang tinggi semasa membeli produk minyak pati.


Adakah Minyak Pati terhad untuk kegunaan aromaterapi sahaja?

Minyak pati adalah ekstrak tumbuhan yang sangat pekat untuk kegunaan aromaterapi. Disebabkan minyak pati tulen mempunyai kesan yang sangat kuat, pengguna disyorkan supaya merujuk kepada profesional terlatih untuk mengetahui nisbah pencairan minyak pati bagi sebarang tujuan lain selain aromaterapi, contohnya untuk pengambilan secara oral atau disapu pada kulit.


Apakah kegunaan lain untuk Minyak Pati?

Minyak pati mempunyai pelbagai kegunaan. Ciri aromatik semula jadi minyak pati sangat sesuai digunakan sebagai haruman untuk produk kosmetik, malah ia juga boleh dicampurkan dengan air di dalam diffuser untuk mengharumkan udara dalam rumah.


Minyak pati sering dikaitkan dengan kesihatan dan ciri penyembuhan. Untuk orang-orang yang diserang selesema, penyedutan wap minyak pati tertentu melalui rawatan stim sering kali berkesan untuk melegakan dan mengurangkan gejala. Minyak pati yang dicairkan pula boleh disapu pada kulit untuk kesan yang lebih baik, namun ia perlu dilakukan mengikut arahan profesional terlatih.


Bolehkah Minyak Pati diambil melalui mulut/ditelan?

Sikap tidak acuh sesetengah individu yang menyarankan pengambilan minyak pati melalui mulut adalah amalan yang tidak bertanggungjawab. Hakikatnya, minyak pati hanya boleh diambil untuk kegunaan dalaman di bawah pengawasan pengamal kesihatan. Syor ini adalah selaras dengan keperluan kawal selia pihak berkuasa kesihatan Malaysia dan cadangan pakar-pakar bebas yang mengkhusus dalam bidang keselamatan penggunaan minyak pati.


Adakah Minyak Pati mempunyai sistem penggredan bagi menentukan kualitinya?

Tiada sistem penggredan rasmi yang menetapkan kategori sesuatu minyak pati sebagai gred A, B, C atau Terapeutik. Semua rangkaian produk truSÈNSSE dilabel sebagai minyak pati tulen. Sebagai pengguna, anda seharusnya merujuk kepada proses kawalan kualiti yang terlibat dalam penghasilan sesuatu minyak pati sebagai panduan untuk memilih produk terbaik.


Adakah negara pengeluar mencerminkan kualiti Minyak Pati?

Setakat ini, belum ada sistem penggredan yang ditetapkan bagi menentukan kualiti minyak pati. Negara pengeluar bukanlah cara terbaik untuk menilai gred minyak pati. Setiap pengguna seharusnya merujuk kepada proses kawalan kualiti yang terlibat dalam penghasilan sesuatu minyak pati. Itulah sebabnya anda disyorkan supaya membeli minyak pati daripada syarikat yang boleh dipercayai.


Bagaimanakah Minyak Pati truSÈNSSE dihasilkan?

Minyak pati lavender, pudina dan serai truSÈNSSE dirumus daripada pati tumbuhan yang sangat pekat dan diekstrak dengan teliti melalui proses penyulingan wap. Sila rujuk kepada komitmen S.A.F.E. kami.


Apakah ujian yang dijalankan terhadap minyak pati truSÈNSSE bagi memastikan ketekalan, ketulenan dan kualitinya mematuhi standard optimum?

Setiap pihak yang terlibat dalam aktiviti kawalan kualiti, rantaian bekalan dan penyelenggaraan produk Tupperware Brands mempraktikkan kriteria pemilihan pembekal dan pengesahan kualiti yang ketat bagi setiap kelompok minyak pati. Kami memastikan bahawa minyak pati truSÈNSSE tidak mengandungi sebarang bahan cemar melalui ujian yang terperinci serta proses kawalan kualiti yang ketat, selaras dengan standard antarabangsa.


Semua minyak pati truSÈNSSE menjalani sekurang-kurangnya 4 peringkat pemeriksaan (pengeluar bahan mentah, pembekal dagangan, pengilang, jabatan kawalan kualiti Tupperware Brands) dan sekurang-kurangnya 10 ujian yang berbeza bagi menyokong dan mengesahkan semua dakwaan produk (lihat rajah di bawah).















Bilakah Minyak Pati truSÈNSSE tamat tempoh?

Semua minyak pati truSÈNSSE boleh tahan sehingga 3 tahun jika disimpan dengan betul di tempat yang sejuk dan kering, manakala penutupnya mesti dipasang dengan ketat selepas setiap penggunaan. Minyak pati lazimnya tamat tempoh disebabkan proses pengoksidaan, yang biasanya berlaku apabila produk terdedah kepada oksigen dan kelembapan. Gunakan minyak pati anda dengan cepat dalam masa 12 bulan selepas dibuka dan sebelum minyaknya berubah menjadi tengik.


Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu saya ambil semasa menggunakan Minyak Pati truSÈNSSE?

  1. Sentiasa rujuk kepada label produk untuk mengetahui arahan penggunaan.
  2. Untuk kegunaan luar sahaja, kecuali diarahkan oleh profesional terlatih untuk kegunaan lain.
  3. Mungkin merengsakan kulit. Cairkan minyak ini sekiranya perlu disapu terus pada kulit.
  4. Elakkan daripada terkena mata.
  5. Jauhkan daripada kanak-kanak.
  6. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau mencegah penyakit. Sekiranya anda sedang mengandung, menyusukan anak atau mengalami sebarang masalah perubatan, sila rujuk kepada profesional kesihatan sebelum menggunakan produk ini.

Dari negara manakah asalnya tumbuhan yang digunakan untuk menghasilkan seri minyak pati truSÈNSSE?

Minyak pati Lavender, Pudina dan Eucalyptus disuling dan dihasilkan di Australia, manakala minyak pati minyak pati Serai dan Rose Geranium disuling dan dihasilkan di India.


Di manakah boleh saya mendapatkan maklumat mengenai pelbagai rumusan dan kegunaan minyak pati?

Sila klik di sini untuk meninjau beberapa campuran minyak pati, atau anda boleh merujuk pada halaman 7 (untuk Bahasa Inggeris) atau halaman 17 (untuk Bahasa Melayu) dalam buku panduan produk kami.


Sesetengah minyak pati daripada jenama lain boleh digunakan untuk membuat sabun. Bagaimana dengan Minyak Pati truSÈNSSE?

Minyak Pati truSÈNSSE, terutamanya Lavender, semestinya boleh digunakan untuk membuat sabun yang berasaskan tumbuhan semula jadi. Namun, bukan semua minyak pati sesuai untuk pembuatan sabun. Sebagai contoh, minyak pati Pudina (Peppermint) yang merangsang pengaliran darah mungkin terlalu kuat untuk digunakan pada kulit.


Adakah semua minyak pati dihasilkan daripada tumbuhan yang ditanam secara organik?

Bukan semua minyak pati boleh diiktiraf sebagai organik, terutamanya di Malaysia. Ini adalah disebabkan ketiadaan piawaian atau badan kawal selia untuk mengesahkan dakwaan sedemikian. Sebagai pengguna yang bijak, anda dinasihatkan supaya membaca label produk dan hanya membeli minyak pati daripada syarikat yang boleh dipercayai.


Apakah fungsi setiap minyak pati dan bila/di manakah ia boleh digunakan?

Minyak pati Lavender mengandungi linalool yang memberikan rasa tenang dan relaks. Untuk kesan terbaik, titiskan minyak ini ke dalam diffuser 30 minit sebelum tidur untuk menenangkan fikiran dan melegakan emosi. Minyak pati Pudina (Peppermint) pula mengandungi mentol yang mencergaskan minda dan merangsang deria semasa anda bekerja dan belajar. Harumannya yang dingin memenuhi ruang pejabat untuk menyegarkan minda dan meningkatkan daya tumpuan. Minyak pati Serai (Lemongrass) mengandungi citral yang bertindak sebagai agen antikulat dan antikeradangan semula jadi, oleh itu ia sangat sesuai digunakan di ruang tamu dan dapur untuk mengelakkan pertumbuhan kulat dan menghalau serangga.


Adakah minyak pati selamat digunakan oleh individu yang mengalami masalah kekurangan Glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD)?

Ya, minyak pati selamat digunakan melalui kaedah penyedutan (menyedutnya semasa menarik nafas).


Diffuser Aroma Florea 3-dalam-1


Apakah kapasiti Diffuser? Berapa lamakah tempoh operasi optimum sesuatu diffuser yang beroperasi pada kapasiti maksimum?

(Optimum bermaksud kepekatan minyak pati dikekalkan pada tahap yang sama).

Diffuser mempunyai kapasiti 150-200ml (di bawah paras maksimum) apabila diisi dengan air. Tempoh operasi optimum (berdasarkan ujian yang dilakukan pada unit contoh) ialah 8-9 jam sehingga air kering dengan sepenuhnya. Tempoh penggunaan diffuser bergantung pada paras air di dalam diffuser dan kelembapan udara di sekeliling diffuser.


Bagaimana saya boleh menggunakan minyak pati di dalam diffuser untuk mendapat kesan terapeutik?

Bergantung pada saiz bilik, cara terbaik untuk memperoleh kesan terapeutik melalui penggunaan diffuser adalah dengan menggunakan minyak pati yang lebih pekat (masukkan lebih banyak titis) dan meresapkannya ke udara dalam masa yang singkat. Letakkan 8-10 titis minyak pati ke dalam air, dan operasikan diffuser pada mod berterusan untuk tempoh tidak melebihi 2 jam di ruang sederhana hingga besar (> 13 meter persegi / 139.931 kaki persegi). Jika bilik anda kecil (≤ 13 meter persegi / 139.931 kaki persegi), anda boleh meresapkan 5-8 titis minyak pati pada mod berterusan untuk tempoh tidak melebihi 30 minit bagi setiap kali penggunaan.


Jika saya hanya mahu mengharumkan bilik atau menyingkirkan bau yang tidak menyenangkan, bagaimana diffuser seharusnya digunakan?

Untuk mengharumkan bilik atau menceriakan mood anda, letakkan 3-5 titis minyak pati ke dalam air dan operasikan diffuser untuk tempoh yang lebih lama atau secara berterusan (bukan untuk tujuan terapeutik)


Minyak Pembawa


Apa itu minyak pembawa?

Minyak pembawa (carrier oil) juga dikenali sebagai minyak sayuran, minyak asas atau minyak tetap dan ia biasanya diperolehi daripada tumbuhan melalui benih, kekacang dan kernel. Dalam aromaterapi, minyak pembawa sering digunakan untuk mencairkan minyak pati tulen sebelum digunakan secara langsung pada kulit atau untuk "membawa" campuran minyak pati ke kulit. Minyak pati yang telah dicairkan dengan minyak pembawa juga boleh dikenali sebagai "minyak aromaterapi".


Mengapa kita perlu menggunakan minyak pembawa untuk mencairkan minyak pati sebelum digunakan secara langsung ke atas kulit?

Minyak pati tulen adalah merupakan ekstrak minyak yang sangat pekat dan mempunyai lebih kurang 600-700 potensi lebih tinggi daripada ekstrak herba. Sebagai contoh, 1 katil bersaiz queen yang penuh dengan tumbuhan lavender diperlukan untuk membuat satu botol 15ml minyak pati lavender truSÈNSSE. Oleh itu, kita perlu selalu mencairkan minyak pati tulen dengan minyak pembawa terlebih dahulu agar selamat untuk digunakan pada kulit. Minyak pembawa juga membantu minyak pati diserap dengan lebih baik ke dalam kulit dan ianya menghalang daripada tersejat.


Adakah minyak bayi adalah merupakan minyak pembawa?

Contoh minyak pembawa adalah minyak sayuran seperti minyak biji anggur, minyak biji bunga matahari, atau minyak jojoba. Minyak yang mengandungi derivatif petroleum seperti minyak mineral, minyak bayi, dan jeli petroleum BUKAN minyak pembawa.


Adakah minyak masak juga merupakan minyak pembawa?

Minyak masak adalah halus sifatnya dan sering digunakan untuk penyediaan makanan manakala minyak pembawa pula diperbuat daripada gred kosmetik yang kurang halus dan telah diuji keberkesanannya untuk aplikasi kulit. Minyak pembawa (carrier oil) tidak menyumbatkan liang pori, mempunyai takat didih yang sangat rendah dan agak mudah terdedah kepada pengoksidaan. Minyak pembawa TIDAK boleh digunakan untuk memasak / penggunaan dalaman dan sebaliknya, minyak masak tidak sesuai digunakan untuk penjagaan kulit.


Apakah ramuan utama dalam minyak pembawa truSENSSE?

Minyak pembawa truSENSSE mengandungi empat campuran minyak premium daripada biji anggur, biji bunga matahari, jojoba dan bijian gandum. Ia sesuai untuk mencairkan minyak pati tulen dan aplikasi kulit. Kebaikan utamanya merangkumi:

  • Meningkatkan kebaikan minyak pati
  • Penyerapan yang baik pada kulit
  • Non-comedogenic (tidak menyumbat liang pori)
  • Memberikan khasiat vitamin kepada kulit


Bagaimana cara penyimpanan minyak pembawa truSENSSE?

Minyak pembawa perlu sentiasa disimpan di tempat yang sejuk dan gelap, jauh dari cahaya matahari langsung. Gunakan / habiskan kandungan dalam tempoh 6 bulan selepas dibuka. Jangan guna atau buang jika minyak telah berbau tengik.


Bagaimanakah cara untuk menggunakan minyak pati secara SELAMAT dengan minyak pembawa?

Secara umumnya, gunakan pencairan 2% dengan mengikuti carta piawaian pencairan (muat turun di sini), iaitu tambah 6-9* titis minyak pati untuk setiap satu sudu besar (atau 15ml) minyak pembawa, losyen tanpa wangi atau pelembap (lihat carta penukaran isi padu di bawah). Unutk kegunaan minyak pati yang selamat, sila ikuti garis panduan pencairan seperti yang tertera dalam carta piawaian pencairan.


* Nota: Nilai pengukuran ini hanyalah anggaran sahaja. Tidak semua titisan minyak pati adalah sama; perbezaan kelikatan akan memberi kesan kepada jumlah minyak dalam satu titisan. Bilangan titisan adalah berbeza-beza dan bergantung pada saiz penitis botol minyak pati.

Terus Berhubung Dengan Kami

© 2019 Tupperware Brands Malaysia. All Rights Reserved.