1. Alkohol terkenal sebagai agen pembasmi kuman tetapi Habbatus Sauda Sanitizers diformulasikan TANPA ALKOHOL. Adakah ianya masih berkesan membasmi kuman?
Habbatus Sauda Sanitizers mengandungi BAHAN AKTIF SEMULAJADI lain sebagai ALTERNATIF yang juga mempunyai ciri-ciri anti-mikrob/bakteria seperti Minyak Habbatus Sauda & Minyak Pati Oren (di dalam Cream dan Spray), Minyak Pati Tea Tree (di dalam Cream) dan Collodial Silver (di dalam Spray). Kedua-dua produk ini telah menjalani ujian makmal dan TERBUKTI berkesan membasmi kuman*
Banyak kajian membuktikan terdapat pelbagai jenis minyak pati yang berkesan membasmi bakteria, kulat malah virus secara khusus.
*Laporan keberkesanan tersedia tetapi tidak dapat dipaparkan kerana mengandungi info sulit dan privasi.
2. Berapa lama keberkesanan Habbatus Sauda Sanitizers dapat bertahan? Jenama lain menyatakan keberkesanan produk mereka sehingga 4 jam.
Kami tidak mempunyai ujian makmal bagi tempoh keberkesan bertahan.
3. Bolekah Habbatus Sauda Sanitizer SPRAY disemburkan pada KULIT? Adakah akan menyebabkan sebarang iritasi?
TIDAK DISARANKAN untuk menggunakan Habbatus Sauda Sanitizer Spray pada kulit atau mana-mana bahagian tubuh walaupun ianya SELAMAT. Semburan ini mengandungi agen pembasmi kuman yang kuat (Colloidal Silver) di mana mungkin tidak sesuai untuk penggunaan semua jenis kulit. Sila gunakan Habbatus Sauda Sanitizer CREAM pada KULIT anda.
4. Selepas menggunakan Habbatus Sauda Sanitizer SPRAY pada mainan, bayi/kanak-kanak sering memasukkan mainan ke dalam mulut. Adakah ianya selamat?
Sekiranya cecair semburan telah serap dan kering sepenuhnya, tidak menjadi masalah kerana ianya tidak bertoksik berbanding alcohol-based sanitizers yang lain. Walau bagainmanapun, perlu diberi perhatian bahawa bahan ramuan Habbatus Sauda Sanitizers bukan dari gred makanan.
5. Secara ringkas, apakah perbezaan utama antara Sanitizer berasaskan alcohol dan Nuryn Habbatus Sauda Sanitizer?